|
|
TENTANG KAMI
Pengenalan | Latarbelakang |
|
|
|
|
Awfa Technologies adalah sebuah syarikat yang menawarkan kepakaran pengurusan aplikasi berasaskan web bagi pengurusan pentadbiran data dan maklumat sekolah yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Pembangunan SPS mengambilkira semua faktor realiti yang ada di sekolah dengan menekankan konsep "Mesra Pengguna". Untuk mengendalikan SPS pengguna hanya perlu ada asas komputer tanpa perlu memahami secara mendalam command atau arahan lain yang terdapat pada komputer. Operasi SPS diintegrasikan bersama Sistem Pesanan Singkat (SMS) bagi tujuan keberkesanan komunikasi antara pihak sekolah dengan para waris dan ibubapa pelajar. Semua jenis laporan sama ada berkaitan keputusan ujian, peperiksaan, asrama, salahlaku disiplin dan sebagainya boleh diperolehi melalui SMS atau secara online dengan mengakses laman web khusus yang disediakan kepada para waris dan ibubapa. Awfa Technologies komited dalam usaha memperkasakan pendidikan berteraskan teknologi maklumat di Malaysia dengan melakukan penambahbaikan berterusan terhadap SPS agar terus releven dengan kehendak dan permintaan semasa. Sehingga kini SPS telah digunapakai secara agresif dibeberapa buah sekolah diseluruh negeri seperti Pusat Pendidikan SRI-SMI MUSLEH, Maahad Darul Quran Terengganu dan Sekolah Bestari IMTIAZ. Awfa Technologies mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan sekolah yang terlibat dengan projek SPS atas sokongan dan kerjasama yang diberikan hingga menjadikan SPS sampai ketahap sekarang. Terima kasih!
|
Segera hubungi kami jika anda menghadapi masalah pengunaan sistem SPS. kami banga dapat membantu anda.
Modul aplikasi SPS kini telah diperingkatkan. Hubungi kami untuk keterangan lanjut