E-Waris PDF Cetak E-mail
Image E-Waris merupakan satu aplikasi capaian secara online yang dibangunkan khusus untuk ibu bapa dan penjaga pelajar. Melalui capaian E-Waris, semua maklumat berkaitan pelajar seperti laporan, statistik pencapaian dan aktiviti pelajar dapat diperolehi dengan mudah dan pantas. Disamping itu, E-Waris dilengkapi dengan  tahap keselamatan dan sekuriti yang ketat bagi mengeakkan kebocoran data dan maklumat.
Capaian E-Waris menyediakan:  

Pendaftaran Online
Pendaftaran kemasukan pelajar boleh dilakukan dengan mengisi borang pendaftataran yang disediakan secara online.  Sistem akan merekod data dan maklumat pelajar untuk pengemaskinian dan tapisan pihak sekolah. Seterusnya apabila semua tapisan yang dilalui berjaya, sistem secara automatik akan menjana nombor ID pelajar dan menyimpan rekod tersebut sebagai rekod peribadi pelajar.

Semakan Status Permohonan
Semakan status permohonan kemasukan pelajar boleh dilakukan dengan memasukkan nombor kad pengenalan pelajar ke dalam kolum carian. Sistem akan memberi laporan secara pantas mengenai status pelajar tersebut sama ada berjaya, dipanggil temuduga atau gagal.

Maklumat Akademik Anak
Laporan pencapaian ujian pelajar dan rekod prestasi boleh disemak secara online melalui aplikasi ini. Ibu bapa boleh menyemak secara terperinci rekod dan laporan pencapaian akademik dan prestasi anak-anak mereka. Laporan-laporan disediakan dalam pelbagai bentuk mengikut ketetapan pihak sekolah. Semua laporan hanya boleh dilihat tetapi tidak boleh dicetak. Hanya pihak sekolah sahaja yang mempunyai autoriti mencetak dokumen tersebut yang dianggap sulit.

Maklumat Yuran
Semakan pembayaran yuran, tunggakan yuran dan maklumat yuran semasa boleh diperolehi melalui aplikasi ini. Seterusnya ibu bapa boleh membuat pembayaran turan secara online dan sistem akan menjana resit pembayaran online secara automatik.

Maklumat Kehadiran
Semua rekod dan maklumat kehadiran pelajar boleh disemak dan dipantau oleh ibu bapa tanpa perlu berhubung dengan pihak pentabiran sekolah. Sistem ini diintegrasikan dengan SMS di mana setiap kes ketidakhadiran pelajar ke sekolah melebihi tempoh yang ditetapkan akan dihantar laporannya kepada ibu bapa.
 
Maklumat Disiplin
Rekod dan laporan salahlaku dan pelanggaran disiplin oleh pelajar boleh dilihat dan disemak terus oleh ibu bapa secara online. Sistem juga memaparkan tarikh dan masa berlaku kes salahlaku serta tindakan yang diambil terhadap pelajar tersebut. Sistem ini juga diintegrasikan dengan SMS di mana setiap kes salahlaku pelajar akan dihantar laporannya kepada ibu bapa.

Maklumat Hafazan
Maklumat hafazan menyediakan laporan mengenai kedudukan surah, juzuk dan muka surat terkini  yang telah dicapai oleh pelajar. Aplikasi ini hanya disediakan untuk sekolah yang menjalankan kelas hafazan sahaja.
 
< Sebelumnya   Berikutnya >